GENG KITO

Orang Nengok

January 22, 2015

Banjir: Ucapan penghargaan


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat pagi readers.

Untuk makluman, entri ini adalah entri khas ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat semasa banjir dan pasca banjir. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nafas dan peluang untuk membuat entri ini.

SEMASA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan penyelamat iaitu pihak bomba, PDRM, JPAM, tentera yang telah bertugas semasa banjir tempoh hari tidak kira di mana tempat anda bertugas dan khususnya di Tanah Merah, Kelantan. Saya tahu anda antara kalian juga merupakan mangsa banjir dan pada masa yang sama terpaksa menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa. Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua orang awam yang telah terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa banjir samada membantu dari segi meminjamkan bot/sampan/rakit. Kepada warga kerja TNB dan Air Kelantan saya faham tugas anda. Bekalan elektrik terpaksa diputuskan demi keselamatan kita semua manakala untuk Air Kelantan, terima kasih kerana pernah memberikan bekalan air bersih kepada kami walaupun hanya seketika. 

Tidak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada semua petugas talian kecemasan 999. Anda telah menjalankan tugas anda sebaik mungkin. 



Bukan senang nak jawab panggilan kecemasan sebanyak 4900 tu. Terima kasih diucapkan.

PASCA

Seterusnya, penghargaan istimewa ini pula ditujukan khas kepada warga FRIM. Kalian sangat berhati mulia dan pemurah. Kepada team Hutan Bandar FRIM, terima kasih. En. Afendi yang sanggup menghantar bantuan ke kampung saya menaiki Hilux bersama Hj. Rosli pemilik  Rumpun Damai Nurseri, Sungai Buloh. Terima kasih warga FRIM. Sungguh banyak bantuan yang diberikan termasuk wang ringgit, makanan, pakaian dan sebagainya. Terima kasih juga atas doa dan usaha kalian dalam mengumpulkan bantuan. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu membalas  jasa kalian.

 Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada semua sukarelawan pasca banjir di semua tempat tidak kira anda adalah personal (individu) atau  berkumpulan: kakitangan awam, badan berkanun, swasta, NGO, institusi pendidikan atau persatuan yang telah sama-sama membantu dalam meringankan beban mangsa banjir.  Kepada pihak kerajaan negeri dan persekutuan, terima kasih kerana membantu kami.

Tidak akan sesekali dilupakan, jutaan terima kasih ditujukan untuk semua saudara mara, jiran tetangga serta rakan-rakan. Kepada alumni serta pelajar UKM, terima kasih atas bantuan yang diberikan.

TAHNIAH kepada anda semua kerana berjaya bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain. Hanya Tuhan yang mempu membalas jasa kalian dan semoga urusan dunia akhirat kalain dipermudahkan.

Thanks for reading this entry.

Wassalam.

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501


No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!